Kini Lebih 28 Ribu Mangsa Banjir Di Lima Negeri Seluruh Negara, Kelantan Paling Ramai

Ekoran daripada bencana banjir yang berlaku di lima negeri seluruh negara, jumlah mangsa banjir dilihat semakin meningkat kepada 28,348 orang setakat 9 pagi ini (28/12), berbanding 25,763 orang pada jam 8 malam tadi (27/12).

kini lebih 28 ribu mangsa banjir di lima negeri seluruh negara, kelantan paling ramai

Menurut Pusat Kawalan Bencana, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), negeri Kelantan kekal dengan jumlah mangsa tertinggi iaitu seramai 21,829 orang yang ditempatkan di 69 pusat pemindahan sementara (PPS).

 

Manakala di Terengganu, jumlah mangsa banjir meningkat daripada 5,983 orang kepada 6,247 orang di 60 PPS.

kini lebih 28 ribu mangsa banjir di lima negeri seluruh negara, kelantan paling ramai

Di Pahang pula, jumlah mangsa banjir berkurang sedikit yang mana hanya 131 mangsa masih berlindung di 5 PPS di Jerantut, Kuantan, Lipis dan Cameron Highland.

 

Sementara itu di Sabah, 20 mangsa di tempatkan di 2 PPS di Paitan, manakala di Johor pula seramai 121 orang ditempatkan di 3 PPS iaitu di daerah Johor Bahru dan Segamat.

 

Sumber: Info Bencana JKM