Tiada Kelemahan Dikesan, Lebih 200,000 Daftar Sistem PADU

Baru-baru ini, Menteri Ekonomi, YB Rafizi Ramli telah memperkenalkan sistem Pangkalan Data Utama (PADU), yang bertujuan sebagai sistem yang mengandungi profil individu dan isi rumah meliputi warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia.

semua rakyat malaysia, umur 18 tahun ke atas boleh daftar padu mulai 2 jan – kem. ekonomi

Sejak ia dilancarkan pada 2 Jan lalu, seramai 233,782 pengguna telah membuat pendaftaran dengan sistem berkenaan.

 

Menurut Rafizi, pengguna tidak perlu risau dengan sistem PADU kerana tiada kelemahan dikesan dalam pengendalian pengesahan semasa Security Posture Assessment (SPA) menggunakan nombor kad pengenalan dalam PADU.

 

Perkara itu dikongsi beliau yang memuatnaik Soalan Lazim Rasmi (FAQ) berkaitan PADU di aplikasi X, miliknya.

 

Tambah Rafizi, bagi melancarkan proses pengemaskinian individu, maklumat pengguna boleh dikemaskini sejurus log daftar masuk tanpa melalui proses e-KYC.

 

"e-KYC hanya dilaksanakan selepas pengemaskinian maklumat dilaksanakan dan individu ingin membuat pengesahan dan perakuan penghantaran profil.

"Sebarang maklumat yang diisi tanpa eKYC yang disahkan tidak akan diintegrasikan ke dalam PADU. Hanya maklumat yang dikemukakan dari pengguna yang berjaya pengesahan eKYC dikira sah," katanya.

 

Ujar beliau, nombor telefon yang sama boleh digunakan sebanyak lima kali pendaftaran untuk berbilang akaun. Ia adalah bagi memudahkan golongan emas yang tidak mempunyai telefon bimbit untuk mendaftar PADU dengan bantuan anak atau penjaga masing-masing.

 

"Secara umumnya PADU di rekabentuk bagi memusatkan maklumat setiap individu yang bertaraf warganegara dan pemastautin tetap di Malaysia. Bagi tujuan ini, setiap individu yang berumur 18 tahun dan ke atas perlu mempunyai akaun individu sendiri.

"Seterusnya, bagi tujuan pembentukan isi rumah, individu yang berada di bawah satu isi rumah perlu dimasukkan di bawah satu isi rumah bersama ahli yang lain termasuklah mereka yang berusia di bawah 18 tahun dan bukan warganegara," katanya.

tiada kelemahan dikesan, lebih 200,000 daftar sistem padu

PADU yang dibangunkan melalui kepakaran dalaman Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan Malaysua (DOSM) dan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), memerlukan semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mendaftar dan membuat semakan data di portal PADU serta mengemas kini dan mengesahkan 39 maklumat diri yang diperlukan.