Lebih 20 Jalan Sekitar Ibu Kota Ditutup Mulai Malam Ini Sempena Thaipusam

Sempena dengan perayaan Thaipusam 2024, sebanyak 23 jalan sekitar ibu kota akan ditutup dan dilencongkan secara berperingkat, mulai malam ini (23 Jan).

 

Menurut Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid, penutupan dan lencongan akan bermula jam 9 malam bagi memberi laluan perarakan pedati dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun HS Lee, Kuala Lumpur, menuju ke Kuil Subramaniar Swamy, Batu Caves, Selangor.

lebih 20 jalan sekitar ibu kota ditutup mulai malam ini sempena thaipusam

Ujarnya, jalan yang terlibat adalah seperti Jalan Tun H.S. Lee, Jalan Sultan, Jalan Tan Cheng Lock, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Leboh Ampang, Jalan Munshi Abdullah dan Jalan Dang Wangi.

 

Selain itu, Jalan Raja Laut, Jalan Belia, Jalan Sri Amar, Jalan Sultan Azlan Shah (JaLan Ipoh), Jalan Tun Razak, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh Lama (Batu Lima) dan Jalan Salah.

 

Tambah lagi, perarakan balik pedati juga akan bermula pada Jumaat pada jam 3 petang, melalui jalan yang sama dan akan dibuka secara berperingkat.

Untuk itu, pengguna jalan raya dinasihatkan untuk mengelakkan daripada menggunakan jalan-jalan terlibat dengan penutupan serta pelencongan berkenaan.

lebih 20 jalan sekitar ibu kota ditutup mulai malam ini sempena thaipusam

Sumber: Sinar Harian