"Dah Macam Hari Raya", Lebih 12,000 Solat Subuh Berjemaah di Masjid Sultan Iskandar, Johor [Video]

Kira-kira seramai 12,000 jemaah telah hadir menunaikan solat Subuh secara berjemaah di Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato Onn, Johor Bahru, awal pagi tadi (20 Jan).

 

@nyunzainudin Ya Allah Rezeki hari ini dapat solat berjemaah waktu Subuh di Masjid Dato Onn. Ramai orang alhamdulillah sampai dua kali imam solat sebab jemaah ramai sangat. Terkedu sebab tak sangka seramai ini. Parking motor penuh kereta banyak sampai jem. Alhamdulillah walaupun hujan tak mematahkan semangat. Semoga kita mendapat keredhaan Allah. Terima kasih abang @JalilRazak sebab share dan ajak orang ramai pergi masjid ..kita siap layan live dia pukul 3 pagi dah tunggu orang datang masjid. #solatsubuh #solatsubuhmacamjumaat ##alifsatar #nyunreview #nyun #solat #subuh #qunutnazilah ♬ AlHijratu - Mohamed Youssef

 

Perkara itu turut dikongsikan Menteri Besar Johor, Dato Onn Hafiz Ghazi yang menzahirkan rasa syukur susulan kejayaan program #SemarakSubuhJohor dan #SolatSubuhMacamJumaat itu.

lebih 12,000 solat subuh berjemaah di masjid sultan iskandar, johor [video]

Terdahulu, kempen Geng Subuh Macam Jumaat dimulakan oleh artis popular, Alif Satar, yang mendapat sambutan ramai pihak, telah mencipta satu fenomena baru dalam kalangan masyarakat, dalam usaha menggalakan ramai mengimarahkan masjid.

 

Sumber: Facebook / Tiktok