Lebih 1.2 Juta Dah Daftar PADU, Rakyat Selangor Tertinggi

Sebanyak 1,214,859 individu sudah membuat pendaftaran pada Sistem Pengkalan Data Utama (PADU), setakat Rabu (17 Jan).

lebih 1.2 juta dah daftar padu, rakyat selangor tertinggi

 Daripada angka itu, rakyat Selangor mencatatkan jumlah pendaftaran tertinggi iaitu 243,851, diikuti Sarawak (137,036) dan Johor (128,193). Manakala Labuan merekodkan jumlah pendaftaran terendah di Malaysia iaitu 3,258 orang.

 

Pengemaskinian maklumat isi rumah menerusi PADU adalah penting bagi memudahkan penyaluran bantuan yang dirancang Kerajaan di masa akan datang.

 

Pendaftaran PADU sudah mula dibuka sejak 2 Januari 2024 dan akan berakhir pada 31 Mac 2024.

lebih 1.2 juta dah daftar padu, rakyat selangor tertinggi

Sumber: Sinar Harian