Kereta Tenggelam Banjir? Ikut Lima Langkah Ini Untuk Selamatkan Sedikit Duit Poket

Musim tengkujuh kini tiba dan telah menyebabkan banjir di beberapa negeri seluruh Malaysia.

kereta tenggelam banjir? ikut lima langkah ini untuk selamatkan sedikit duit poket

Selain rumah serta kediaman ditenggelami air, apa yang dirisaukan ramai individu adalah kenderaan masing-masing seperti kereta, motosikal, van dan lain-lain, hingga ada yang sanggup meredah bahaya banjir semata-mata mahu menyelamatkan harta masing-masing.

 

Buat mereka yang berdepan musibah banjir hingga menenggelamkan kereta masing-masing, berikut adalah lima langkah yang perlu anda lakukan bagi mengelakkan kerosakan lebih teruk berlaku, sekurangnya duit poket anda dapat dijimatkan.

kereta tenggelam banjir? ikut lima langkah ini untuk selamatkan sedikit duit poket

1. Jangan sesekali hidupkan enjin kereta walaupun selepas banjir surut. Biarkan sahaja kenderaan anda disitu dan segera hubungi trak tunda untuk membawa kereta anda ke bengkel. Tindakan menghidupkan kenderaan selepas banjir boleh menyebabkan kerosakan lebih teruk hingga berisiko terjadinya litar pintas.

 

2. Check paras minyak dan gearbox. Jika paras minyak lebih tinggi dari sepatutnya, besar kemungkinan air banjir sudah masuk ke dalam enjin kereta anda. Pastikan anda melakukan flushing dan gantikan dengan minyak yang baru.

 

3. Cabut dan keringkan komponen elektrik seperti radio, bateri, HUD display. Anda juga boleh mencabut sendiri kusyen dan keluarkan karpet kereta untuk dicuci dan dikeringkan bagi mengelakkan bau yang kurang menyenangkan.

 

4. Flush petrol jika perlu.

 

5. Keluarkan air daripada enjin dengan mencabut spark plug sambil enjin running. Bagaimanapun anda dinasihatkan untuk melakukan ini di bengkel atau pusat servis kereta anda.

 

Bagi mereka yang mengambil perlindungan tambahan untuk bencana alam (peril khas), anda boleh membuat pampasan dan ganti rugi jika kereta anda rosak atau hanyut akibat banjir. Hubungi syarikat insurans anda untuk maklumat lanjut berkenaan perlindungan tambahan ini.