Buat Sendiri Almari Bajet Seperti Ini, Nampak Kemas Dan Tersusun!

Ramai antara kita yang mula menyewa rumah semasa diawal perkahwinan. Malah, ada juga orang bujang yang menyewa sementara dikawasan berdekatan dengan tempat kerja mereka.

jom buat almari bajet macam ni, nampak kemas dan tersusun
 
Kebiasaannya rumah sewa tidak disediakan almari bagi menyimpan pakaian. Nak beli tapi kos bagi sebuah almari pun lebih daripada budget bulanan. Tambah pula duduk sementara di rumah sewa, takkan nak beli almari yang besar pula kan?

.
 
Memetik hantaran dari portal Mingguan Wanita, perkongsian dari Puan Ekinzaid Zaid di Facebook ini nampaknya dapat menyelesaikan masalah bagi mereka yang tiada tempat untuk almari pakaian.

jom buat almari bajet macam ni, nampak kemas dan tersusun
 
Dengan kos dianggarkan RM30 hingga RM40, beliau berkongsi rak pakaian yang boleh dihasilkan sendiri menggunakan bahan-bahan mudah iaitu:

- PVC paip 11batang (rm1. 60/sbtg)

- Elbow paip 10pcs (rm0. 41/pcs)

- T-Socket paip 6pcs (rm0. 66/pcs)

- Cable tie (1paket rm2. 56/ sepeket)

- Fitting D/E socket 2pcs  (rm0.47/1pcs)

(👆🏻socket fitting ni untuk sambungkan bagi penyangkut tu bg tinggi sikit dalam gambar ni kami tkbuh lg)

- Bakul 6pcs (RM2.10)

.
Katanya, almari buatan sendiri ini menjimatkan selain ia juga nampak lebih kemas dan teratur. Selamat mencuba!
.
 
Sumber: Ekinzaid Zaid via Mingguan Wanita