Meta Tawar Tanda Calit Biru Pada IG dan FB Dengan Bayaran Bulanan di Malaysia

Memiliki tanda calit biru atau ‘bluetick’ bersebelahan dengan nama anda atau organisasi adalah satu cara untuk mengesahkan identiti anda pada pengguna lain.

meta tawar tanda calit biru pada ig dan fb dengan bayaran bulanan di malaysia

Ciri ini, biasanya terdapat di Twitter, kini telah diperkenalkan di Facebook dan Instagram, melalui penawaran "Meta Verified".

meta tawar tanda calit biru pada ig dan fb dengan bayaran bulanan di malaysia

Ciri berkenaan telah pun mula diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna di negara ini dengan harga serendah RM36.99 sebulan. Bagaimanapun, menurut portal Amanz, bayaran RM41.99 sebulan akan dikenakan melalui aplikasi Instagram di Android atau iOS.

meta tawar tanda calit biru pada ig dan fb dengan bayaran bulanan di malaysia

Untuk layak mendapatkan Meta Verified, pemegang akaun mesti berumur sekurang-kurangnya 18 tahun, menggunakan nama penuh sebenar pada profil awam atau peribadi, dan mempunyai gambar profil yang memaparkan wajah mereka. Pengesahan dua faktor juga diperlukan untuk pembayaran, bersama dengan penyediaan identifikasi (IC).

 

Perlu diingatkan, pengguna perlu melanggan Meta Verified yang berbeza untuk akaun Facebook dan Instagram, meskipun kedua-duanya saling berkaitan.

 

Dengan tanda calit biru, pengguna akan menikmati beberapa beberapa faedah seperti mengakses stiker eksklusif untuk Story dan Reels, serta memperluaskan keterlihatan mereka dalam komen, carian, dan cadangan. Jika anda berminat untuk mendapatkan tanda calit biru ini, anda boleh menyertai senarai menunggu disini.

meta tawar tanda calit biru pada ig dan fb dengan bayaran bulanan di malaysia

Sumber: Amanz / Technave