Lahar Mengalir Ke Lautan Atlantik, Letusan Cumbre Vieja Dibimbangi Hasil Gas Beracun

Ekoran daripada letusan gunung berapi Cumbre Vieja di kepulauan La Palma, pakar menyatakan kebimbangan penghasilan gas toksik disebabkan laharnya yang kini mengalir ke Lautan Atlantik.

lahar mengalir ke lautan atlantik, letusan cumbre vieja dibimbangi hasil gas beracun

Kebimbangan itu disuarakan kalangan pakar selepas pelepasan gas toksik dan letupan ketika wap putih berkepul naik selepas lahar mengalir ke laut.

lahar mengalir ke lautan atlantik, letusan cumbre vieja dibimbangi hasil gas beracun

Menurut pakar, dua unsur ini boleh menghasilkan reaksi kimia membabitkan klorin yang boleh merengsa kulit dan mata serta menggangu pernafasan.

 

Sejak ia meletus pada 19 September lalu, ratusan rumah, sekolah dan ladang disekitar gunung itu musnah dengan kira-kira 6,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Lahar daripada gunung berapi itu telah pun mula mengalir ke lautan, di kawasan Playa Nueva. Ia menyebabkan berlakunya pelepasan gas toksik dan kemungkinan garis pantai runtuh serta mencetuskan letupan.

lahar mengalir ke lautan atlantik, letusan cumbre vieja dibimbangi hasil gas beracun

 

 

Ekoran daripada itu, pihak berkuasa Sepanyol telah mengisytiharkan La Palma - pulau paling utara di kepulauan di luar pesisir Afrika utara - sebuah zon bencana.

 

Sumber: [1]