Penyanyi, Miley Cyrus kini tampil dengan buah tangan baharu kepada peminatnya menerusi lagu baharu berjudul Flowers.
Lagu yang kini menjadi siulan dan menduduki tempat dalam carta lagu serata dunia, telah mencuri perhatian ramai dek kerana liriknya yang didakwa menjawab balas kepada lirik lagu When I Was Your Man, nyanyian Bruno Mars pada tahun 2013.
Lihat sahaja lirik lagu When I Was Your Man seperti dibawah:
I should have bought you flowers
And held your hand
Should have gave you all my hours
When I had the chance
Take you to every party 'cause all you wanted to do was dance
Now my baby's dancing
But she's dancing with another man.
.
Dan lihat pula lirik lagu Flowers oleh Miley Cyrus ini:
I can buy myself flowers
Write my name in the sand
Talk to myself for hours
Say things you don't understand
I can take myself dancing
And I can hold my own hand
Yeah, I can love me better than you can.
.
Peminat kini mula berteori dengan mesej yang disampaikan dalam lagu Flowers ini, tambah pula ia dilancarkan pada hari lahir bekas suami Miley iaitu Liam Hemsworth.
Pasangan ini berpisah selepas lapan bulan perkahwinan mereka pada 2019. Sejak itu, peminat mula berteori, termasuklah apabila Liam pernah menujukan lagu When I Was Your Man kepada Miley, tanda apa yang berlaku kepada hubungan mereka ketika itu.
Lirik lagu itu yang menyatakan “built a home and watched it burn” juga kononnya menggambarkan rumah mereka yang terbakar pada akhir 2018 di Malibu, menguatkan teori dalam kalangan peminat.
Maka mungkin sebab itulah, Miley tampil dengan lagu Flowers yang menjawab segalanya tentang hubungan mereka.
Sehingga kini masih belum ada sebarang penafian atau kenyataan daripada Miley, Bruno Mars ataupun Liam sendiri.
Sumber: Smooth Radio