Model, pengacara TV dan duta jenama antarabangsa, Kylie Jenner telah mencuri perhatian ramai menerusi fesyen terbaharunya.
Beliau yang hadir pada acara fesyen Schiaparelli Haute Couture Spring/Summer 2023 tampil anggun dengan dress berwarna hitam, namun uniknya ia dilengkapi dengan satu kepala singa pada bahagian dada.
Kepala singa itu adalah palsu dan dibuat sendiri menggunakan jahitan tangan.
“Terima kasih @danielroseberry dan @schiaparelli untuk pagi yang begitu istimewa.
“Saya suka memakai ciptaan seni palsu yang dibina dengan tangan menggunakan bahan buatan manusia. Cantik!,” demikian menurut Kylie pada satu hantaran di Instagram.
Bagaimanapun, ada sebilangan peminat tidak bersetuju dengan imej yang dibawa Kylie ini sambil mendakwa ia seolah-olah menggambarkan akan kekejaman haiwan.
Dalam perkembangan lain, baru-baru ini Kylie turut mendedahkan nama bayi lelakinya iaitu Aire.
Sumber: Instagram / Cosmopolitan