Suhu di Kuwait Cecah 52 darjah Celsius, Jalan Raya Terpaksa Pasang Aircond

Bandar Kuwait telah mencatatkan suhu yang sukar dipercayai iaitu mencecah 52 darjah Celsius baru-baru ini hingga ia dianggap sebagai salah satu tempat paling panas di dunia.

suhu di kuwait cecah 52 darjah celsius, jalan raya terpaksa pasang aircond

Ekoran daripada suhu yang dikatakan ‘tidak masuk akal’ itu, alat penghawa dingin terpaksa dipasang di luar kerana jalan terlalu panas dan juga banyak hidupan laut mati kerana suhu air laut ‘menggelegak’.

 

Malah, ada yang beranggapan bandar Kuwait tidak lagi sesuai didiami manusia kerana suhu panasnya yang melampau ini.

suhu di kuwait cecah 52 darjah celsius, jalan raya terpaksa pasang aircond

Selain manusia, haiwan lain seperti burung juga mati, selain ribut pasir yang makin meningkat sejak peningkatan suhu yang belaku.

 

Saintis turut meramalkan suhu di bandar Kuwait akan meningkat sebanyak 5.5 darjah Celsius menjelang akhir abad ini dengan bilangan hujan yang makin berkurangan.

 

Sumber: Mirror UK