Jika anda memelihara kucing di rumah, pasti anda mendapati kucing anda akan menghabiskan masanya dalam sehari dengan tidur.
Tidak dapat dinafikan, kucing meluangkan 2/3 daripada hidupnya hanya dengan tidur. Ia adalah satu perkara biasa untuk haiwan pemangsa tidur lebih lama khasnya pada siang hari.
Kebiasaannya kucing akan meluangkan sehingga 16 jam sehari khasnya pada waktu siang dengan tidur dan berehat. Manakala pada waktu malam pula ia akan menjadi aktif dan mahu perhatian untuk bermain, makan dan lain-lain.
Jangan pula anda merasa pelik jika kucing anda suka tidur kerana ia satu perkara normal. Namun perhatikan juga tahap kesihatannya seperti selera makan dan minum kerana tidur yang lama turut menjadi petanda kucing anda sedang kesakitan.
Kucing yang sakit juga akan tidur untuk membolehkannya menahan kesakitan itu. Segera bawa kucing anda ke klinik veterinar berhampiran untuk pemeriksaan kesihatan.
Sumber: Veterinary Hub