Haa Nakal Lagi! Kucing Tersekat Lubang Sinki Mozek Selamat Dikeluarkan

haa nakal lagi! kucing tersekat lubang sinki mozek selamat dikeluarkan

Siapa yang bela kucing mesti tahu macam mana perangai kucing nakal ni. Kalau nakal tu memang tak boleh nak control.

Sama lah seperti satu kes di Johor Bharu baru-baru ini di mana seekor kucing didapati telah tersekat di lubang sinki jenis mozek. Kejadian tersebut dikatakan berlaku Taman Pulai Indah, Johor Bahru.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat (BBBP) Skudai, Suraini Adnan berkata, pihak mereka telah menerima satu panggilan daripada jiran belakang rumah mereka dan menyatakan ada seekor kucing tersekat di situ.

Selepas menerima panggilan lebih kurang jam 3 petang, tujuh pegawai bersama sebuah jentera telah bergegas ke tempat kejadian untuk menjalankan operasi menyelamat.

Mereka cuba mengeluarkan kepala anak kucing itu dengan menggunakan tangan. Tetapi tidak berjaya kerana telinga kucing tersebut telah membengkak.

Akhirnya pihak bomba terpaksa menggunakan alatan khas dan memecahkan saluran sinki terbabit. Alhamdulillah, kucing tersebut berjaya diselamatkan tanpa sebarang kelukaan atau kecederaan.

Sumber: Astro Awani