Kucing Nyaris Lemas, Dekat 3 Jam Si Putih Terperangkap Dalam Saluran Air di Cheras [Video]

Seekor kucing putih telah ditemui terperangkap selama hampir tiga jam dalam lubang saluran air dekat sebuah rumah di Alam Denai, Cheras.

kucing nyaris lemas, dekat 3 jam si putih terperangkap dalam saluran air di cheras [video]

Susulan kejadian itu, pasukan bomba dan penyelamat Cheras telah dikejarkan ke tempat kejadian bagi memecahkan lantai untuk menyelamatkan nyawa si bulus ini.

 

Menurut Penolong Penguasa Bomba, Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Logeswaran Lavan, pihaknya telah menerima panggilan kecemasan untuk menyelamatkan seekor kucing pada jam 11.21 pagi.

kucing nyaris lemas, dekat 3 jam si putih terperangkap dalam saluran air di cheras [video]

Seramai enam anggota dikerahkan ke lokasi untuk menyelamatkan kucing berkenaan yang terperangkap dalam lubang saluran air.

 

Ketika kejadian, kucing itu dilihat berada dalam keadaan lemah dan tidak bermaya.

kucing nyaris lemas, dekat 3 jam si putih terperangkap dalam saluran air di cheras [video]

 

@malaysiagazette Pasukan Bomba dan Penyelamat Cheras bantu keluarkan kucing dikenali sebagai putih yang terperangkap dalam lubang saluran. Turut dimaklumkan, kucing berkenaan terperangkap lebih daripada tiga jam dan kemudiannya berjaya diselamatkan. Video: Zulkarnain Zakaria #malaysiagazette #mgnews #kucing #kucingputih #kucingterperangkap #jbpm ♬ Emotional Cinematic Sad Violin and Piano - ISAo

 

Usaha untuk menyelamatkan kucing berkenaan mengambil masa kira-kira 10 minit, sebelum ia berjaya dikeluarkan.

 

Video menyelamatkan si bulus ini telah dirakam oleh pemilik haiwan tersebut, Zulkarnain Zakaria.

Menurut Zulkarnain, kucing tidak bertuan itu sering diberi makan olehnya setiap kali ia memasuki rumah beliau.

Sumber: Tiktok / Facebook Zulkarnain