Pemuda Jumpa Kumpulan Kucing di Gaza Sangat Lapar, Beberapa Hari Tak Makan [Video]

Bandar Khan Yunis merupakan antara kawasan yang telah diserang rejim Zionis, selepas sebahagian besar kawasan di utara Gaza ‘dilenyapkan’ sejak peperangan berlaku beberapa bulan yang lalu.

 

Selain harta benda musnah dan ribuan nyawa terkorban, hidupan lain seperti kucing turut menjadi mangsa.

pemuda jumpa kumpulan kucing di gaza sangat lapar, beberapa hari tak makan

Menurut seorang pemuda yang dikenali sebagai Mohammed Fayd, ketika dalam siri lawatannya ke bandar Khan Yunis baru-baru ini, beliau terkejut apabila menemui sekumpulan kucing yang sangat kelaparan, seperti sudah berhari-hari tidak diberi makanan.

pemuda jumpa kumpulan kucing di gaza sangat lapar, beberapa hari tak makan

pemuda jumpa kumpulan kucing di gaza sangat lapar, beberapa hari tak makan

“Semasa lawatan saya di Wilayah Pengurusan Khan Yunis, saya dapati beberapa ekor kucing yang tidak diberi makan selama beberapa hari,” kata beliau sambil berkongsi video keadaan di Khan Yunis.

 

 

Dapat dilihat kucing-kucing disitu teruja apabila diberi makanan oleh beberapa pemuda disitu, jelas menunjukkan betapa laparnya keadaan mereka tidak diberi makana dek kerana akibat daripada kekejaman rejim Zionis.

 

Sumber: Instagram