Sama Seperti Manusia, Kucing Juga Boleh Alami Kehamilan Palsu

Buat pemilik kucing, saat kucing hamil sudah pasti amat dinantikan kerana suasana pasti akan menjadi bertambah meriah dengan gelagat mereka.

sama seperti manusia, kucing juga boleh alami kehamilan palsu

Biasanya kita dapat melihat saiz perut si comel yang menjadi tanda untuk kita menganggar kehamilan mereka.

 

Bagaimanapun, tahukah anda kucing juga boleh mengalami kehamilan palsu dengan perut yang membesar yang boleh menjadi punca kepada penyakit?

sama seperti manusia, kucing juga boleh alami kehamilan palsu

Disebut sebagai pseudopregnancy, keadaan ini membuatkan kucing kelihatan seperti sedang mengandung namun sebenarnya tidak. Ia terjadi disebabkan hormon yang tidak stabil dengan simptom ini terjadi kira-kira sebulan atau dua selepas estrus atau tempoh estrus tamat. Estrus merupakan tempoh berlakunya pembentukan ovum pada haiwan betina, termasuklah juga pada kucing.

 

Terdapat beberapa tanda yang menunjukkan kucing anda sebenarnya mengalami kehamilan palsu, antaranya seperti:

#1 Perubahan tingkah laku

#2 Kebimbangan kembung perut

#3 Pembesaran kelenjar susu

#4 Kemurungan

#5 Hilang selera makan

#6 Keluar cecair berwarna coklat atau titisan berair daripada kelenjar susu

sama seperti manusia, kucing juga boleh alami kehamilan palsu

Kebiasaannya tempoh kehamilan palsu ini tidak lebih 4 minggu. Sepanjang tempoh ini, perhatian dan kasih sayang perlu diberikan kepada kucing khasnya kepada proses penyusuan dan usaha menghentikan pengeluaran susu perlu dibuat. Kurangkan produk tenusu dan makanan yang kaya dengan karbohidrat dalam pemakanan si manja. Urut kelenjar susu ibu kucing dengan menggunakan gel khusus, krim dan salap untuk mengurangkan laktasi.

 

Namun jika perut kucing anda kelihatan agak besar dalam tempoh yang lama, ia bukan sahaja petanda kucing hamil sebaliknya boleh membawa kepada maksud penyakit lain. Bawa kucing anda ke klinik haiwan bagi rawatan lanjut.

 

Sumber: [1], [2]