Sedih Lihat Kucing Dianiaya Sampai Kena Jalan Dua Kaki Tegak Ke Atas

Seekor kucing telah menjadi tular di media sosial Tiktok apabila dilihat terpaksa berjalan dengan kaki hadapannya tegak ke atas.

sedih lihat kucing dianiaya sampai kena jalan dua kaki tegak ke atas

Menurut laporan, kucing itu berjalan dengan keadaan dua kakinya tegak ke atas ketika sedang mencari makanan di sebuah tempat letak kereta dekat bandar Tengzhou, China.

 

@hope_schwing #duet with @pets9527 ♬ Surrender - Natalie Taylor

 

Kucing yang diberi nama Angel itu telah diselamatkan sebuah kumpulan penyelamat haiwan, MaoCha. Mereka kemudian menghantar kucing berkenaan ke sebuah hospital veterinar.

sedih lihat kucing dianiaya sampai kena jalan dua kaki tegak ke atass

Hasil imbasan tomografi (CT) kemudian menunjukkan kucing itu menderita akibat kecacatan daripada penderaan, selain terdapat kesan melecur akibat dicucuh puntung rokok di belakang lehernya.

 

Malah doktor juga percaya kecederaan pada Angel adalah disebabkan tindakan seseorang yang sengaja memusingkan kakinya ke belakang.

 

Kucing itu dilapor telah menjalani pembedahan pada kejadian yang berlaku pada 2021 ini, namun sehingga kini tidak diketahui nasib haiwan berkenaan.

 

Sumber: Daily Star