Akibatkan Cermin Kereta Pecah, Kucing Gemuk Terselamat Lepas Jatuh Tingkat Enam

Ada pendapat mengatakan, setiap kucing mempunyai sehingga sembilan nyawa sepanjang hayatnya.

 

Mungkin disebabkan itu, seekor kucing gemuk di Bangkok, Thailand ini terselamat selepas terjatuh daripada tingkat enam sebuah kondominium, yang juga menyebabkan cermin sebuah kenderaan pecah.

akibatkan cermin kereta pecah, kucing gemuk terselamat lepas jatuh tingkat enam

Pemilik kenderaan itu, Apitwat Toyothaka berkongsi mengenai kisah tersebut di Facebooknya baru-baru ini.

 

Ujarnya, menerusi rakaman CCTV, kucing seberat 8.5-kilogram yang diberi nama Shifu telah terjatuh daripada tingkat enam ke atas cermin belakang keretanya, menyebabkan cermin keretanya itu berlubang dan pecah.

akibatkan cermin kereta pecah, kucing gemuk terselamat lepas jatuh tingkat enam

Mujur kucing tersebut bagaimanapun masih hidup dan tidak mengalami kecederaan.

 

“Pengurus kondominium menelefon saya pada jam 7 pagi dan memaklumkan seekor kucing terjatuh di atas kereta saya. Saya macam hairan kenapa perlu beritahu saya? Kucing jatuh atas kereta hanyalah perkara biasa.

“Selepas saya mendapat gambaran sebenar dan melihat sendiri kejadian itu, barulah saya faham,” katanya.

akibatkan cermin kereta pecah, kucing gemuk terselamat lepas jatuh tingkat enam

Apitwat turut berkongsi foto sinar-X kucing itu kerana ramai berasa bimbang dengan keadaan kesihatan kucing yang gemuk ini.

akibatkan cermin kereta pecah, kucing gemuk terselamat lepas jatuh tingkat enam

“Shifu berjalan dengan baik, makan minum, buang air seperti biasa. Tiada kesan luka atau lebam kecuali ketiadaan dua kukunya,” katanya yang juga merupakan pencinta haiwan.

 

Menurut pengurus kondominium, meskipun pemilik kereta itu memaafkan kucing dan pemiliknya, terdapat undang-undang yang melarang penghuni mereka daripada membela haiwan peliharaan di dalam kondominium. Pemilik kucing itu kemudian telah didenda sebanyak 1,000 baht (kira-kira RM132).

Sumber: Thaiger