Kucing & Anjing Di Korea Selatan Diuji Kalau-Kalau Ada COVID-19

Jika sebelum ini ujian COVID-19 dijalankan hanya kepada manusia, kini ujian berkenaan bakal diperluaskan kepada haiwan peliharaan iaitu kucing dan anjing.

kucing & anjing di korea selatan diuji kalau-kalau ada covid-19

Haiwan peliharaan ini akan menjalani ujian COVID-19 bagi mengesan jika ada kehadiran wabak berkenaan khasnya kepada yang mempunyai kontak dengan mereka yang positif.

Malah, pakar turut menasihatkan agar haiwan peliharaan juga diberikan vaksin COVID-19 bagi melindungi diri pemilik dan keluarga.

kucing & anjing di korea selatan diuji kalau-kalau ada covid-19

Beberapa hari lalu, satu kajian yang diterbitkan dalam jurnal Virulence mendakwa, virus boleh berevolusi dalam haiwan dan akhirnya tersebar kepada manusia. Akibatnya, berlaku pandemik yang lebih dahsyat dimasa akan datang sekiranya langkah pencegahan tidak diambil dari sekarang.

Julai lalu, kes jangkitan COVID-19 dikesan pada spesis kucing dan ia disahkan oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO).

Pengumuman pengujian keatas haiwan di Korea Selatan dibuat sama ketika negara itu melanjutkan arahan sekatan penjarakan sosial selama dua minggu lagi, setelah jangkitan baru dikesan meningkat sejak minggu lalu.

Sumber: Daily Star