Kucing Cipta Rekod Dengkur Paling Kuat di Dunia, Kalah Bunyi Cerek Mendidih

Seekor kucing berusia 14 tahun dari Cambridgeshire telah mencipta rekod Guiness apabila mampu menghasilkan bunyi dengkur paling kuat di dunia.

kucing cipta rekod dengkur paling kuat di dunia, kalah bunyi cerek mendidih

Kucing yang diberi nama Bella, telah menghasilkan bunyi dengkur berukuran 54.6 decibel, iaitu menyamai bunyi yang dihasilkan cerek mendidih.

 

Pemilik Bella iaitu Nicole Spink berkata, beliau tidak menyangka kucing peliharaan keluarganya itu mampu menghasilkan bunyi yang sedemikian kuat.

kucing cipta rekod dengkur paling kuat di dunia, kalah bunyi cerek mendidih

Malah katanya, mereka sekeluarga perlu meninggikan suara televisyen kerana bunyi dengkur Bella adalah sangat kuat. Bunyi dengkur itu lebih ketara selepas waktu makan.

Ketika wakil Guiness hadir untuk menentukan rekod yang dimiliki kucing ini, Bella sudah pun mula menghasilkan bunyi dengkur apabila dia duduk pada kusyen kesayangannya.

 

Sumber: Daily Star