52 Hari Terkurung, Kucing Ini Hanya Makan Cebisan Kertas Untuk Hidup

Seekor kucing menjadi perhatian ramai selepas ditemui hidup dengan hanya memakan cebisan kertas dalam sebuah rumah kosong selama 52 hari.

52 hari terkurung, kucing ini hanya makan cebisan kertas untuk hidup

Menurut laporan, kucing yang diberi nama Finn itu ditemui selamat selepas ditinggalkan bersendirian dalam rumah kosong di Belanda selama 52 hari.

 

Kucing itu ditemui dalam keadaan sangat kurus oleh seorang pembeli rumah yang ingin memasuki rumah tersebut, lalu dihantar ke klinik haiwan untuk pemeriksaan lanjut.

 

Selepas diperiksa, doktor haiwan terkejut apabila mendapati perut haiwan itu dipenuhi cebisan kertas yang dimakan akibat terdesak.

52 hari terkurung, kucing ini hanya makan cebisan kertas untuk hidup

Akibat insiden itu juga, Finn menjadi trauma dan dan takut untuk mendekati manusia buat sementara waktu.

 

“Finn amat kurus ketika ditemui dalam rumah itu, namun kini dia telah sihat.

“Mungkin ada paip air yang bocor di mana-mana, membolehkannya untuk minum air.

“Ia amat sedih dengan apa dilaluinya, jadi kami akan mencari pemilik yang sesuai dengannya,” demikian menurut Ketua Perlindungan Haiwan Belanda, Dik Nagtegaal.

 

Kes itu juga menjadi perhatian pihak berkuasa yang kini mencari pemilik lama Finn, yang berkemungkinan berdepan dengan tuduhan kekejaman terhadap haiwan. Polis tidak menolak kemungkinan kucing itu dibuang oleh pemiliknya disitu tanpa sebarang makan dan minum.

 

Sumber: [1]