Orang Ramai Dinasihat Berjaga-jaga, Kuching dan Bintulu Kini Jadi Kawasan Jangkitan Rabies

Dua kawasan di Sarawak kini telah diisytihar sebagai kawasan jangkitan rabies, mulai semalam (16 Jan).

orang ramai dinasihat berjaga-jaga, kuching dan bintulu kini jadi kawasan jangkitan rabies

Menurut Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, daripada 16 sampel yang dikumpul, 12 ekor anjing telah disahkan positif, membabitkan 8 di Kuching, Pandawan (1), Bau (1) dan Bintulu (2).

 

"Semua anjing berkeliaran yang diuji adalah tidak divaksinasi. Justeru, saya mengingatkan orang ramai untuk mengambil langkah berjaga-jaga dan segera mendapatkan rawatan di klinik dan hospital berhampiran jika digigit oleh haiwan yang disyaki berpenyakit rabies," katanya.

 

Dalam pada itu beliau berkata lagi pemilik anjing harus bertanggungjawab memastikan haiwan peliharaan mereka divaksin dengan vaksin anti-rabies.

orang ramai dinasihat berjaga-jaga, kuching dan bintulu kini jadi kawasan jangkitan rabies

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pemilik dikenakan denda sehingga RM2,500, dan anjing yang terdedah kepada rabies dan tidak ada bukti vaksinasi akan dilupuskan.

 

"Orang ramai boleh mendapatkan vaksin anti-rabies anjing percuma mereka di mana-mana pejabat veterinar kerajaan pada waktu pejabat dan vaksinasi besar-besaran akan diumumkan dari semasa ke semasa di akaun Facebook rasmi JPVS," katanya lagi.

orang ramai dinasihat berjaga-jaga, kuching dan bintulu kini jadi kawasan jangkitan rabies

Untuk info, Sarawak telah mencatatkan 16 kematian tahun lepas daripada 18 kes rabies manusia. Jumlah kumulatif kes rabies manusia kini sebanyak 73 kes, dengan 66 kematian sejak Julai 2017.

 

Sumber: Astro AWANI