Kubu Kuat Liverpool Kini Hilang Kebal

Lebih daripada 3 musim Anfield jadi kubu kebal Liverpool dalam saingan EPL. Dalam tempoh itu, sekali pun The Reds tak pernah tewas. Nak lagi spesifik, sebanyak 68 perlawanan tanpa kalah!

Tapi semua itu tinggal sejarah. Kekalahan pertama Liverpool di Anfield berlaku kira-kira 2 minggu lalu apabila tewas 0-1 kepada Burnley. Ia juga merupakan perlawanan ke-6 berturut-turut dalam EPL The Reds gagal jaringkan gol.

kubu kuat liverpool kini hilang kebal

Kemudian mereka mula tunjukkan kebangkitan. The Reds mencatat 2 kemenangan berturut-turut di tempat lawan apabila tumpaskan Tottenham dan West Ham dengan jaringan 3-1. Panas yang disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Berdepan Brighton, Liverpool tewas buat kali kedua berturut-turut di Anfield dengan jaringan 0-1. Selama 90 minit perlawanan, Liverpool cuma ada 1 percubaan tepat ke gawang lawan.

kubu kuat liverpool kini hilang kebal

Memang betul, Liverpool dilanda krisis kecederaan. Berdepan Brighton ni pun, Sadio Mane dan Alisson Becker tidak diturunkan kerana kecederaan. Tapi kecederaan kebanyakannya di barisan pertahanan, ke mana hilangnya Roberto Firmino dan Mohamed Salah? Ketika Liverpool benar-benar memerlukan, susah pulak mereka ni nak jaringkan gol.

kubu kuat liverpool kini hilang kebal

Apa sebenarnya punca masalah ketandusan gol Liverpool ni? Adakah sebab kapten mereka, Jordan Henderson tidak beraksi di midfield? Atau sebenarnya Liverpool ni memang berdepan masalah nak jaringkan gol apabila berdepan pasukan 6 terbawah liga? Sebab dalam 7 perlawanan berdepan pasukan bawahan ni, Liverpool cuma menang sekali sahaja iaitu berdepan Sheffield. 4 perlawanan lain berkesudahan seri dan 2 lagi kalah.

kubu kuat liverpool kini hilang kebal

Jurgen Klopp berpendapat punca utama pasukannya ketandusan gol adalah sebab penat. Liverpool dah harungi 8 perlawanan dalam tempoh 30 hari. Maknanya dalam tempoh 3-4 hari mereka akan beraksi sekali. Logik juga kalau masalah mereka ialah tak cukup rehat.

 

Namun kalau nak dapat rehat memang susah la sebab jadual perlawanan memang padat. Ni semua salah COVID! Hmm. Harap-harap krisis kecederaan Liverpool ni cepat berakhir supaya mereka dapat kembali bersaing merebut kejuaraan liga. Tak pun, Klopp belilah beberapa pemain lagi untuk menambah squad depth Liverpool. Ataupun, magis Klopp dengan Liverpool ni sebenarnya dah hilang? Apa pendapat korang?

 

Oleh: Karami Kamel