Kuala Lumpur, Bandar No 1 Paling Banyak Bazir Tanah Untuk Bina Padang Golf

Kuala Lumpur mendapat tempat pertama sebagai bandar yang paling banyak menumpukan pada pembangunan yang merugikan tanah bagi membina padang golf, lapor satu saluran YouTube CityNerd.

kuala lumpur, bandar no 1 paling banyak bazir tanah untuk bina padang golf

Dalam video berdurasi 15 minit, Kuala Lumpur dikatakan mendahului New Delhi, India dan Dubai yang masing-masing menduduki tempat ke-2 dan ke-3.

“Saya boleh terus (senaraikan padang golf yang terdapat) di Kuala Lumpur, terdapat banyak perkara yang tidak masuk akal berlaku, tetapi saya tidak akan memberitahu semuanya kepada anda,” kata YouTuber itu.

Dalam video tersebut, turut dikatakan bahawa tanah terbabit sebenarnya boleh dimanfaatkan untuk perkara-perkara lain seperti kawasan perumahan, perdagangan atau taman awam.


Sumber: [1]