Korea Utara Tak Percaya Vaksin, Ubat Guna Cara Tradisional

Susulan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dalam penduduk di Korea Utara, negara itu kini mula melancarkan kempen maklumat awam bagi memerangi wabak yang sedang meledak itu.

korea utara tak percaya vaksin, ubat guna cara tradisional

Bagaimanapun negara itu masih enggan menggunakan vaksin bagi mencegah COVID-19, sebaliknya menggunakan antibiotik dan ubat di rumah bagi merawat individu yang dijangkiti.

.

Menurut Naib Menteri Kesihatan Awam, Kim Hyong Hun berkata negara itu telah beralih daripada arahan kuarantin kepada sistem rawatan untuk mengendalikan ratusan ribu kes yang disyaki sebagai ‘demam’ yang dilaporkan setiap hari.

.

Pesakit di negara itu juga digalakkan menggunakan ubat tahan sakit dan ubat demam seperti ibuprofen dan amoksisilin serta antibiotik lain.

.

Meskipun ubat tersebut tidak berkesan melawan virus, namun ia ditetapkan bagi jangkitan bakteria sekunder.

.

Orang ramai di negara itu juga disyorkan untuk berkumur air garam atau minum teh lonicera japonica atau teh daun willow tiga kali sehari.

.

Terdahulu, Korea Utara mula dijangkiti virus COVID-19 buat pertama kali minggu lalu.

.

Sumber: [1]