Satu kajian menunjukkan negara Korea Selatan menjadi pendahulu dalam senarai negara yang paling tinggi kos untuk membesarkan seorang anak yang baru lahir hingga kepada usianya 18 tahun.
Data yang diperoleh menerusi purata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) oleh Jefferies dengan menggunakan data dari Kajian Populasi Yuwa menunjukkan negara China berada di tangga kedua, dan diikuti oleh Itali sebagai negara paling tinggi kos membesarkan seorang anak.
.
Amerika Syarikat (AS) pula berada ditempat ke-14, diantara Jerman dan Jepun.
.
Antara faktor yang menjadi penyumbang kepada senarai negara itu adalah kos pendidikan dan kos kesediaan di pusat jagaan ketika anak baru dilahirkan.
.
Misalnya, kebanyakan perkhidmatan prasekolah di China adalah berbayar dan disediakan oleh sektor swasta. Maka tidak hairanlah kos sebanyak AS$75,000 (RM316,491) diperlukan untuk membesarkan seorang anak sehingga berusia 18 tahun di negara China.
.
Bebeza dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS), Jerman malah Jepun, pinjaman pelajaran diberikan oleh pihak kerajaan negeru sekaligus meringankan beban ibu bapa dalam membesarkan anak-anak.
.
Malah ada negara yang menyediakan subsidi penjagaan anak bagi mengurangkan jurang antara rakyat berbeza kelas pendapatan.
.
Negara-negara maju juga mencatatkan kadar kelahiran yang lebih rendah berbanding negara membangun serta bilangan perkahwinan yang semakin berkurangan.
.
Bagaimanapun, China menjadi negara yang paling murah untuk mempunyai anak daripada segi jumlah wang dibelanjakan.
.
Sumber: [1], [2]