Konvoi Kereta Porsche Diarah Beratur Semula Lepas Potong Barisan, “Puas Hati Tengok..”

Empat buah kereta sport berjenama Porsche telah diarah untuk berpusing dan beratur semula selepas didapati memotong barisan ketika memasuki Singapura menerusi Checkpoint Tuas pada 15 Oktober lalu.

 

Menerusi video yang dikongsi laman Facebook SG Road Vigilante, empat buah kereta dengan plat pendaftaran Singapura dilihat memotong barisan kenderaan yang sedang beratur daripada arah kiri.

konvoi kereta porsche diarah beratur semula lepas potong barisan, “puas hati tengok..”

Sebuah kereta Porsche berwarna kelabu mula-mula dilihat memotong dari lorong kiri dan melintasi dua garisan berkembar. Kemidian, sebuah lagi Porshe biru memotong barisan, di hadapan kereta kelabu itu sebelum membiarkan sebuah lagi Porshe biru dan putih untuk mendahului.

konvoi kereta porsche diarah beratur semula lepas potong barisan, “puas hati tengok..”

konvoi kereta porsche diarah beratur semula lepas potong barisan, “puas hati tengok..”

Selang seketika, keempat-empat kereta itu dilihat berpatah balik dan tidak dapat memasuki Singapura melalui pintu masuk berkenaan.

konvoi kereta porsche diarah beratur semula lepas potong barisan, “puas hati tengok..”

Menurut jurucakap Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) berkata: "ICA mengesahkan bahawa empat kereta Porsche itu diarah membuat pusingan U dan perlu beratur semula kerana mereka memotong barisan," katanya.

 

Video berkenaan menjadi tular di media sosial dengan rata-rata warganet dilihat memuji ketegasan pihak berkuasa dalam menjalankan tugas.

Sumber: Facebook / Straits Times