Kontrak Tidak Disambung, Messi Nak Pergi Mana?

kontrak tidak disambung, messi nak pergi mana?

Lionel Messi sah tidak akan bersama Barcelona untuk saingan musim depan. Perkara itu disahkan sendiri oleh Barca menerusi satu kenyataannya. Messi yang kontraknya tamat dengan kelab tersebut sejak 1 Julai lalu, dilapor telah bersetuju dengan tawaran kontrak 5 tahun daripada Barca.

kontrak tidak disambung, messi nak pergi mana?

Jadi apakah salah dan silapnya yang menyebabkan Barca tidak dapat mengikat Messi untuk saingan musim depan. Ini kerana Messi bukan pemain biasa-biasa. Bintang bola sepak dunia ini telah menyarung jersi Barcelona sejak tahun 2000 ketika dia berusia 13 tahun lagi. Zaman kegemilangan Barca juga menyaksikan Messi sebagai bintangnya. Semua kejuaraan peringkat kelab telah dimenangi dan Messi turut memenangi 6 anugerah Balon d’Or.

kontrak tidak disambung, messi nak pergi mana?

Punca Barcelona tak dapat nak tandatangani Messi musim depan adalah kerana peraturan kewangan La Liga. Kita semua tahu Messi telah ditawarkan kontrak 5 tahun oleh Barca sebelum ini dan dilaporkan kedua-dua pihak telah bersetuju. Namun, La Liga hanya akan membenarkan rundingan tersebut sekiranya Barca melepaskan beberapa pemain mereka. Lebih tepat, Barca perlu mengurangkan gaji pemainnya sebanyak 200 juta Euro sebelum mendapatkan kembali khidmat Messi.

kontrak tidak disambung, messi nak pergi mana?

Jadi, ke mana destinasi Messi selepas ini? Sebelum ini, Messi dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City untuk kembali bersama dengan bekas pengurusnya, Pep Guardiola. Namun, City telah melengkapkan perpindahan Jack Grealish dengan harga 100 juta pound. Rasanya sukar untuk City mendapatkan kewangan untuk membayar gaji Messi.

kontrak tidak disambung, messi nak pergi mana?

Satu lagi pasukan yang dikaitkan dengan Messi sebelum ini ialah PSG. Menurut laporan, PSG telah pun menghubungi Messi untuk berunding sebaik Barcelona mengumumkan bintang Argentina itu tidak akan kekal bersama kelab La Liga tersebut. PSG juga mungkin mempunyai kewangan yang cukup untuk menampung gaji Messi. Tambahan pula, Messi akan kembali beraksi dengan bekas rakan sepasukannya, Neymar.

kontrak tidak disambung, messi nak pergi mana?

Kalau difikirkan semula, ini bukan kali pertama Messi dikaitkan untuk menyertai pasukan lain. Tapi ini lah kali pertama perkara ini berlarutan sehingga Messi tidak miliki kontrak dengan Barca. Tak mustahil Messi akan sertai pasukan lain namun harus kita ingat, tak mustahil juga untuk Messi tidak sertai mana-mana pasukan. Kalau tiada pasukan yang akan disertainya, adakah karier Messi – salah seorang pemain terbaik dunia ini akan berakhir? Entah-entah, Barcelona berjaya cari jalan untuk kekalkannya di Camp Nou? Kita tunggu kesudahannya nanti.

 

Oleh: Karami Kamel