Konsert Taylor Swift Telah Cetuskan Gegaran Mirip Gempa Bumi

Konsert penyanyi, Taylor Swift yang telah diadakan di bandar Seattle, Amerika Syarikat (AS) dilapor telah menyebabkan berlakunya aktiviti seismik menyerupai gempa bumi pada kekuatan 2.3 skala Ritcher.

konsert taylor swift telah cetuskan gegaran mirip gempa bumi

Perkara itu didedahkan oleh seorang pakar seismologi, Jackie Caplan-Auerbach yang merekodkan data ketika konsert jelajah The Eras Tour yang telah diadakan di Stadium Lumen Field pada 22 dan 23 Julai lalu.

 

Menurut beliau, gegaran kecil itu berpunca daripada peminat Swift atau sistem bunyi di konsert tersebut.

 

Gegaran itu mengatasi gegaran ‘Beast Quake’ pada 2011 apabila peminat bola sepak meraikan sepakan gol pasukan Seattle Seahawks ketika menentang New Orlean Saints.

 

Bagaimanapun konsert Swift telah merekodkan gegaran sebanyak dua kali ganda lebih kuat berbanding gegaran ‘Beast Quake’.

 

“Saya mengambil data daripada kedua-dua konsert itu dan dengan pantas menyedari bahawa ia adalah corak isyarat yang sama,” kata Caplan-Auerbach yang merupakan seorang profesor geologi di Universiti Washington Barat.

 

Sumber: Kosmo!