Get Ready, Konsert FYP MeleTOP Bakal Temui Peminat Esok, 4 Julai

Buat julung kali diadakan, konsert istimewa FYP MeleTOP akan menemui peminat secara langsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), esok, 4 Julai 2023.

get ready, konsert fyp meletop bakal temui peminat esok, 4 julai

Menggandingkan empat hos popular iaitu Nabil Ahmad, Hawa Rizwana, Elly Mazlein dan Namie, konsert itu dijadualkan bermula dari jam 9 malam.

 

Antara tetamu jemputan yang bakal ditampilkan adalah seperti Datuk Ramli Sarip, Dayang Nurfaizah, Khai Bahar, DeFam dan Hazama.

 

Tambah lagi, FYP MeleTOP turut menampilkan finalist Big Stage, Luqman Podolski, Saixse, Zulariff, Dem Lepak Boys, Finalist Big Stage- Waode, Hoondoo, Puteri Khareeza, Putera Muhammad, Aufahanie, Nadeera Zaini.

 

Apa yang menarik, konsert itu dibuka kepada orang ramai untuk menyaksikan secara langsung, bermula jam 9 malam 27 Jun 2023. Bagaimanapun hanya penonton yang sudah membuat pendaftaran menerusi pautan  disediakan sahaja dibenarkan masuk.

 

Konsert itu juga boleh disaksikan secara langsung menerusi Astro Ria dan juga distrim menerusi Astro GO!

 

Konsert FYP MeleTOP

• Selasa, 4 Julai 2023
• 9.00 malam
• Auditorium MBSA Shah Alam
• Siaran langsung di Astro Ria dan Strim di Astro GO!