Konsert Ed Sheeran Feb 2024 Mungkin Diteruskan di Stadium Bukit Jalil, Peminat Risau Fikir Pasal Padang

Sebelum ini tular di media sosial mengenai keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil yang didakwa rosak akibat daripada penganjuran konsert Coldplay pada November lalu.

konsert ed sheeran feb 2024 mungkin diteruskan di stadium bukit jalil, peminat risau fikir pasal padang

Keadaan padang yang didakwa rosak itu dikatakan sedikit sebanyak menjejaskan rentak perlawanan final Piala Malaysia 2023 melibatkan pasukan JDT dan juga TFC pada 8 Disember lalu.

 

Meskipun Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) telah membuat permohonan maaf mengenai perkara itu, nyata peminat bolasepak negara berasa kecewa melihat kepada keadaan padang yang ‘botak’ pada bahagian tengahnya.

keadaan padang kurang memuaskan, psm minta maaf tak cukup masa nak baik pulih

Terbaharu, para peminat bola sepak negara sekali lagi meluahkan rasa bimbang dengan penganjuran konsert Ed Sheeran yang dijangka diadakan pada 24 Februari 2024 bertempat di stadium yang sama, tambah pula kelayakan Piala Dunia melibatkan pasukan kebangsaan menentang Oman juga akan diadakan sebulan kemudian.

konsert ed sheeran feb 2024 mungkin diteruskan di stadium bukit jalil, peminat risau fikir pasal padang

konsert ed sheeran feb 2024 mungkin diteruskan di stadium bukit jalil, peminat risau fikir pasal padang

Hasil semakan menerusi laman https://www.golive-asia.com/ baru-baru ini juga menunjukkan venue konsert Ed Sheeran masih diteruskan di lokasi yang sama iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil.

konsert ed sheeran feb 2024 mungkin diteruskan di stadium bukit jalil, peminat risau fikir pasal padang

konsert ed sheeran feb 2024 mungkin diteruskan di stadium bukit jalil, peminat risau fikir pasal padang

Sumber: Go Live Asia