Ramai Jerit Kesakitan, Konsert Dilanda Hujan Batu Terpaksa Ditangguhkan

Sebuah konsert yang diadakan di Denver, Colorado, baru-baru ini terpaksa ditangguhkan selepas dilanda hujan batu sebesar bola golf dan menyebabkan ramai penonton mengalami kecederaan.

ramai jerit kesakitan, konsert dilanda hujan batu terpaksa ditangguhkan

Kejadian berlaku pada malam Rabu (21 Jun) di Red Rocks Amphitheater, Morrison dekat pinggir Denver menyebabkan hampir 100 orang cedera dengan sebahagian daripada mereka mengalami patah tulang, luka serta lebam.

 

Menurut laporan, ketika kejadian orang ramai dilihat menjerit dan berlari mencari perlindungan semasa hujan ais sedang berlaku.

 

@lifewiithjordan TRAUMA 😍😃 meany merch lady making us leave the shelter of the table wtf, I AM SO SAD and in pain #louistomlinson #redrocks #fitftour ♬ original sound - jordan | travel 🧚🏻‍♀️

 

“Malam ini (kelmarin) adalah malam paling menakutkan dalam hidup saya. Saya dan saudara perempuan saya bernasib baik dapat menemui tempat berteduh di bawah papan tanda.

“Saya berdarah dan mempunyai benjolan besar di kepala akibat terkena hujan batu. Semoga semuanya selamat keluar (dari konsert itu),” kata seorang mangsa.

 

@guardian Witnesses described the hailstones, which pelted the audience at a concert by former One Direction singer Louis Tomlinson, as ‘straight out of a horror movie’. At least seven people needed hospital treatment after the powerful storm hit the Red Rocks amphitheater in Colorado, US, on Wednesday night. Some hid under cardboard boxes in an attempt to protect themselves. #usa #usnews #colorado #denver #louistomlinson #hailstorm #hail #storm #faithinthefuture ♬ original sound - The Guardian

 

Pasukan penyelamat yang ditugaskan ke tempat kejadian berkata, kira-kira 90 orang dirawat di tempat kejadian kerana mengalami kecederaan ringan.

ramai jerit kesakitan, konsert dilanda hujan batu terpaksa ditangguhkan

Menerusi beberapa rakaman yang tular, kelihatan beberapa penonton berlari mencari tempat berteduh dengan sebahagian daripada mereka memilih untuk bersembunyi bawah meja bagi berlindung daripada hujan batu.

 

 

Hujan batu itu dikatakan terjadi sebelum konsert bermula dan terpaksa ditangguhkan ke satu tarikh baharu.

 

Sumber: CNN / Tiktok