Dah Confirm 22 Nov, Peminat Teruja Nak Beli Tiket Coldplay di Malaysia!

Akhirnya teka-teki konsert jelajah Coldplay terjawab selepas kumpulan itu kembali mengadakan konsert di Asia dan Australia pada November 2023.

dah confirm 22 nov, peminat teruja nak beli tiket coldplay di malaysia!

Menjadi sebahagian daripada siri jelajah Music of the Spheres World Tour, Coldplay dijangka mengadakan konsert mereka pada 22 November 2023 di Stadium Nasional Bukit Jalil.

dah confirm 22 nov, peminat teruja nak beli tiket coldplay di malaysia!

Berikut adalah senarai lokasi siri jelajah Coldplay: Music of the Spheres World Tour:

 

6 dan 7 Nov: Tokyo Dome, Jepun

11 Nov: Kaohsiong National Stadium, Taiwan

12 Nov: Gelora Bung Karno Stadium, Jakartam Indonesia

18 Nov: Optus Stadium, Perth, Australia.

22 Nov: Stadium Nasional Bukit Jalil, KL, Malaysia.

 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Coldplay (@coldplay)

 

Untuk rekod, siri jelajah Coldplay telah bermula sejak Mac 2022 dan band itu menjadi artis yang menjual tiket konsert paling banyak di dunia. Mereka akan meneruskan siri jelajah dunia pada Mei ini di Sepanyol, UK, Itali, Denmark, Belanda dan Amerika Syarikat sehingga Oktober, sebelum tiba di Asia dan Australia pada November.

 

Untuk penjualan tiket Coldplay di Malaysia, ia mula dijual kepada orang ramai pada Rabu, 17 Mei 2023, jam 10 pagi. Manakala bagi pemegang kad CIMB, mereka akan mendapat akses pra jualan pada Selasa, 16 Mei 2023, seawal jam 10 pagi.

 

Info lanjut, layari livenation.my

 

Coldplay: Music of the Spheres World Tour Kuala Lumpur disokong oleh Hitz FM, MY FM, ERA FM and RAAGA.