Masih Berfungsi Dengan Baik, Komputer Apple-1 Dilelong RM1.6 Juta

Sebuah komputer Apple-1 yang dibina oleh dua orang pengasas bersama syarikat itu, iaitu mendiang Steve Jobs dan Steve Wozniak kira-kira 45 tahun yang lalu telah dilelong pada harga AS$400,000 (kira-kira RM1.6 juta).

masih berfungsi dengan baik, komputer apple-1 dilelong rm1.6 juta

Komputer yang masih berfungsi itu pada awalnya dijangka dilelong pada harga lebih tinggi, iaitu AS$600,000 (RM2.4 juta).

masih berfungsi dengan baik, komputer apple-1 dilelong rm1.6 juta

Komputer yang dilelong itu merupakan salah satu daripada 200 buah komputer yang dibuat oleh mereka dari sebuah garaj di rumah ibu bapa angkat Jobs di Los Altos, California.

 

Komputer itu kelihatan unik dan lain dari lain kerana mempunyai hiasan papan kayu koa pada papan kekunci dan hanya beberapa buah Apple-1 dihasilkan dengan menggunakan kayu tersebut.

masih berfungsi dengan baik, komputer apple-1 dilelong rm1.6 juta

Turut dilelong bersama sebuah monitor video berjenama Panasonic.

 

Menurut laporan, komputer itu pada asalnya dibeli oleh seorang profesor elektrik di Kolej Chaffey di Rancho Cucamonga, California, sebelum ia dijual kepada pelajarnya pada tahun 1977. Pelajar itu ketika itu hanya membayar sebanyak AS$650 (RM2,696) sahaja, dan nilainya kini melambung tinggi.

 

Sumber: [1]