Kolej Tingkatan Enam Kini Dijenamakan Sebagai Kolej Pra-Universiti

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuat penjenamaan semula bagi beberapa aspek dalam pendidikan Tingkatan Enam, berkuatkuasa serta merta.

kolej tingkatan enam kini dijenamakan sebagai kolej pra-universiti

Menurut Menterinya, YB Fadhlina Sidek, antara perubahan yang dibuat adalah penjenamaan semula Kolej Tingkatan Enam kepada Kolej Pra-Universiti.

kolej tingkatan enam kini dijenamakan sebagai kolej pra-universiti

Manakala jawatan pengetua akan ditukar kepada pengarah, guru penolong kanan sebagai timbalan pengarah, guru sebagai pensyarah dan murid sebagai pelajar.

 

"Nama jawatan guru akademik Tingkatan Enam kepada pensyarah tidak membabitkan perubahan gred perjawatan mahupun kelayakan akademik.

"Melalui penjenamaan yang berkuat kuasa serta merta ini, Pengarah Kolej Pra-Universiti juga diberi autonomi bagi pengambilan pelajar Tingkatan Enam secara terus jika masih ada kekosongan.

"Pengarah akan mengenal pasti pelajar berpotensi yang memerlukan peluang menyambung pengajian dan boleh menggunakan kuasa autonomi untuk membuat tawaran sendiri secara terus kepada murid berkenaan.

"Penjenamaan semula ini dibuat dalam usaha memberi peluang kepada murid untuk melangsungkan pengajian ke peringkat lebih tinggi dan KPM akan meneliti kelonggaran syarat bagi kemasukan ke Tingkatan Enam," katanya beliau.

 

Dalam pada itu, sebanyak 67 peratus pelajar lepasan SPM ketika ini sudah mengesahkan kemasukan ke Tingkatan Enam.

 

Sumber: HMetro

Foto: Astro AWANI