Trending di Youtube, Kolaborasi Jungkook dan Charlie Puth Memang Padu!

Selepas membuatkan peminat tertanya-tanya, akhirnya kolaborasi yang paling dinantikan oleh Charlie Puth dan Jungkook BTS kini telah ditayangkan kepada umum.

trending di youtube, kolaborasi jungkook dan charlie puth memang padu!

Tampil dengan judul Left And Right, muzik video kolaborasi dua penyanyi ini telah dimuatnaik di laman Youtube sejak 24 Jun lalu dan kini mencecah lebih 100 juta tontonan!

.

Setakat tarikh artikel ini ditulis, sejumlah 101,188,336 tontonan dibuat dengan lebih 5.9 juta tanda suka pada muzik video Left and Right yang dimuatnaik pada laman Youtube rasmi Charlie Puth. Malah muzik video ini juga menjadi trending #2 bagi kategori muzik.

trending di youtube, kolaborasi jungkook dan charlie puth memang padu!

Selain menjadi video muzik ke-10 Charlie Puth yang melepasi 100 juta tontonan, ini juga merupakan kali pertama Jungkook mencapai kejayaan ini sebagai artis solo.

 

Sumber: [1]