Puluhan Ribu Hadir, Kluster Konsert Mungkin Lonjak Kes Baru COVID-19 di AS

Puluhan ribu pengunjung telah hadir ke Festival Muzik Lollapalooza di pinggir bandar Chicago yang mana ia mungkin menyebabkan lonjakan jangkitan COVID-19 di Amerika Syarikat.

puluhan ribu hadir, kluster konsert mungkin lonjak kes baru covid-19 di as

Situasi itu jelas membimbangkan pakar kesihatan awam melihat kepada situasi empat hari festival tersebut yang mengumpulkan 100,000 penonton sehari, menghayati persembahan artis seperti Foo Fighter, Megan Thee Stallion dan Tyler the Creator.

 

Menurut laporan, penganjur telah menetapkan syarat dimana penonton yang hadir perlu menunjukkan kad vaksin COVID-19, atau bukti ujian saringan COVID-19 negatif 72 jam sebelumnya.

puluhan ribu hadir, kluster konsert mungkin lonjak kes baru covid-19 di as

Bagaimanapun, doktor mengatakan lebih banyak sekatan perlu dilakukan ketika AS dalam usaha menyekat penyebaran akibat varian Delta.

 

Ketika ini, Chicago merekodkan lebih 200 kes jangkitan baharu setiap hari, dan pakar mengatakan ia masih lagi terkawal dan masih jauh di bawah angka wabak. Mungkin dua hingga tiga minggu selepas festival kadar kes baru diketahui, dan kebimbangan mengenai orang yang mengunjungi bandar untuk festival menyebarkan COVID-19 di rumah.

puluhan ribu hadir, kluster konsert mungkin lonjak kes baru covid-19 di as

"Saya tahu mereka berusaha menganjurkan Lollapalooza sebaik mungkin, tetapi saya rasa dengan peningkatan jumlah COVID-19, seharusnya ada beberapa perkara lain dilaksanakan," kata Tan, seorang profesor pediatrik di Northwestern Sekolah Perubatan Universiti Feinberg.

 

Menurut Tan, satu-satunya cara selamat mengadakan festival muzik yang begitu besar adalah dengan melakukannya secara maya.

 

Sumber: [1]