Sebab Kesilapan VAR, Klopp Mahu Aksi Liverpool-Spurs Dimainkan Semula

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp mahu pelawanan mereka menentang Tottenham Hotspurs dimainkan semula gara-gara kesilapan VAR yang menyebabkan mereka terlepas gol pembukaan.

sebab kesilapan var, klopp mahu aksi liverpool-spurs dimainkan semula

Dalam perlawanan itu, pegawai perlawanan mengambil keputusan membatalkan jaringan oleh Luis Diaz, menyebabkan The Reds tewas 1-2.

sebab kesilapan var, klopp mahu aksi liverpool-spurs dimainkan semula

Klopp yang tidak berpuas hati turut diberikan perbualan audio antara pegawai dan VAR, namun ia tidak banyak mengubah pemikiran mereka.

 

"Rakaman audio tidak mengubahnya sama sekali. Ia satu kesilapan yang jelas,” katanya.

 

“Saya fikir perlu ada penyelesaian untuk itu. Saya fikir keputusan itu sepatutnya menjadi ulangan.

“Perdebatan terhadap perkara ini akan membuka sebarang peluang. Ia tidak pernah berlaku sebelum ini.

"Saya sudah biasa dengan keputusan yang salah dan sukar, tetapi perkara seperti ini tidak pernah berlaku dan sebab itu saya fikir aksi ulangan adalah perkara yang betul untuk dilakukan."

 

Mengenai sama ada kelab itu telah meminta penganjur saingan untuk menjalankan perlawanan ulangan secara rasmi, Klopp menambah, "Pada peringkat ini kami masih meneliti maklumat yang kami ada."

 

Sumber: Stadium Astro