Pasukan bimbingan Jurgen Klopp sekali lagi mencatatkan kemenangan selepas menang 3-1 keatas West Ham, awal pagi tadi.
Dua gol hasil jaringan penyerang sensasi, Mohamed Salah dan Wujnaldum nyata cukup untuk membawa pasukan The Reds naik ke tangga ke-3 Liga Perdana Inggeris dibawah pendahulu Manchester City dan Manchester United.
Klopp dalam satu kenyataan melabelkan penyerangnya itu sebagai luarbiasa, selepas bintang Mesir itu menamatkan kemarau jaringan dan membantu pasukan menang dua perlawanan akhir.
"Apa yang Salah lakukan hasil hantaran Shaqiri adalah luar biasa. Sentuhan pertamanya menakjubkan," kata Klopp.
Selepas lima perlawanan akhir, Liverpool berjaya mencatatkan kemenangan selepas menewaskan Tottenham 3-1 dan West Ham dengan jaringan yang sama.
Liverpool kini hanya mempunyai beza satu mata dengan seteru mereka, Manchester United.
Sumber: HMetro