Kemungkinan Ancaman Pandemik Penyakit X, KKM Kini Sudah Siap Sedia

Susulan daripada pengumuman oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)  berikutanancaman pandemik besar penyakit X, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dilapor sudah bersiap sedia untuk sebarang kemungkinan.

kemungkinan ancaman pandemik penyakit x, kkm kini sudah siap sedia

Menurut Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa, KKM sentiasa memantau jika wujud sebarang kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik.

 

“Penyakit itu dinamakan penyakit X sebab kita tidak tahu lagi itu penyakit apa. Ketika berada di New York bagi menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNGA) ke-78 pun tiada yang dibincangkan mengenai penyakit ini antara 193 ahli.

“Di peringkat WHO, jika ada penyakit ini dalam Malaysia tentu mereka akan berikan ‘alert’ (amaran) kepada negara-negara berkenaan.

“Jadi apa pun, kita (KKM) sentiasa bersiap siaga dan pantau jika ada apa-apa kemungkinan yang boleh menyebabkan pandemik,” katanya.

kemungkinan ancaman pandemik penyakit x, kkm kini sudah siap sedia

Terdahulu pakar kesihatan global percaya ancaman pendemik besar seterusnya yang disebut sebagai Penyakit X kini semakin hampir dan boleh meragut sehingga jutaan nyawa, berbanding COVID-19.

 

Oleh itu, WHO menyarankan penyediaan segera vaksin sebagai persediaan awal dunia, mempelajari dengan apa yang pernah dilalui ketika pandemik COVID-19 lalu.

 

Sumber: Kosmo!