KKM Nafi Dakwaan Tular Konon Caj Klinik Kesihatan Naik Harga

Baru-baru ini, tular dakwaan di media sosial kononnya caj perkhidmatan klinik kesihatan akan dinaikkan daripada RM1 kepada RM10 hingga RM15.

 

@ola.oli.cikebum.c @Budak Parlimen ♬ Powerful songs like action movie music - Tansa

 

Penularan berita palsu itu nyata telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tampil menafikan dakwaan tersebut.

 

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di media sosial baru-baru ini berhubung caj perkhidmatan di Klinik Kesihatan Kerajaan.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang maklumat rasmi berkaitan kenaikan caj perkhidmatan.

“Justeru, orang ramai adalah dinasihatkan agar menghentikan sebarang perkongsian maklumat palsu, dan tidak menghebahkan maklumat yang tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” kata KKM dalam satu kenyataan.

kkm nafi dakwaan tular konon caj klinik kesihatan naik harga

Ekoran itu, KKM turut menasihatkan semua pihak agar berhati-hati dalam menyebarkan sebarang maklumat dan sentiasa memastikan kebenarannya sebelum berkongsi kepada mana-mana individu.

 

Hasil semakan, berikut adalah caj yang masih dikenakan kepada pesakit luar di hospital dan klinik kerajaan, setakat 26 September 2023:

kkm nafi dakwaan tular konon caj klinik kesihatan naik harga

kkm nafi dakwaan tular konon caj klinik kesihatan naik harga

 

Sumber: KKM