KKM Nafi Dakwaan Konon Vaksin ISR Akan Disuntik Secara Paksa Pada 11 Nov

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan yang tular menerusi media sosial kononnya vaksin yang disebut sebagai ISR akan disuntik secara paksa kepada orang ramai pada 11 November 2023.

 

Mesej yang tular di WhatsApp itu mendakwa vaksin ISR akan mula disuntik secara paksa ke setiap rumah warga Malaysia.

 

Dakwaan palsu yang berniat mewujudkan keresahan dalam kalangan rakyat negara ini dilihat turut dikaitkan dengan rejim Zionis.

kkm nafi dakwaan konon vaksin isr akan disuntik secara paksa pada 11 nov

KKM dalam satu kenyataan memandang serius dengan penyebaran maklumat palsu itu dan memaklumkan vaksin ISR adalah tidak wujud.

 

“KKM memandang serius terhadap penyebaran maklumat palsu yang tular di aplikasi Whatsapp baru-baru ini berhubung suntikan vaksin ISR yang bakal disuntik secara paksa.

“Pihak yang tidak bertanggungjawab ini telah menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat memandangkan KKM TIDAK PERNAH mengeluarkan sebarang arahan berkenaan suntikan secara paksaan kepada rakyat Malaysia dan vaksin ISR ini TIDAK WUJUD.

“Justeru, orang ramai adalah diseru dan dinasihatkan untuk berhenti menyebarkan sebarang perkongsian maklumat palsu dan tidak sah yang boleh mendatangkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat,” demikian menurut KKM.

kkm nafi dakwaan konon vaksin isr akan disuntik secara paksa pada 11 nov

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak menyebarkan berita palsu dan tidak benar pada mana-mana platform. Kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan denda dan hukuman kerana ia adalah satu kesalahan dibawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

 

Sumber: Sebenarnya.my / MCMC