KKM Buka Permohonan Untuk Sertai Pasukan Perubatan Ke Gaza

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) membuka permohonan kepada petugas kesihatan yang bersedia untuk menyertai pasukan perubatan ke Gaza, sebaik sahaja kebenaran diberikan.

 

Menurut Dr Zaliha Mustafa selaku Menteri Kesihatan berkata, latihan yang bersesuaian akan diberikan kepada mereka yang akan terlibat dalam memberi rawatan kepada mangsa di lokasi bencana peperangan.

kkm buka permohonan untuk sertai pasukan perubatan ke gaza

Katanya, ia adalah inisiatif bagi menyokong sistem kesihatan di Gaza, hasil kerjasama rapat dengan pasukan Palang Merah Antarabangsa dan Mercy Malaysia.

 

“Permohonan penyertaan dibuka secara dalam talian untuk mana-mana anggota kesihatan yang bersedia untuk dihantar ke sana (Gaza).

“Kita berdepan dengan peperangan, latihan meliputi sudut fizikal, mental dan emosi kerana berdepan dengan peperangan ini. Ia satu perkara yang sangat menekan.

“Jadi, dari sudut persediaan lain, saya yakin mereka memang bersedia,” katanya.

 

Baru-baru ini, KKM dalam satu kenyataan mengesahkan bersedia menghantar pasukan perubatan ke Gaza sebaik sahaja mendapat kebenaran dan mengenal pasti pasukan yang dimobalisasikan.

kkm buka permohonan untuk sertai pasukan perubatan ke gaza

Antara bantuan kemudahan kelengkapan perubatan yang akan dihantar ke bumi Gaza adalah alat consumable seperti syringe pump, suture, IV cannula, dressings dan bandage selain perkhidmatan neurosurgery dan surgical trauma.

 

Selain itu, kemudahan peralatan seperti medical beds dan ubatan yang bersesuaian juga akan disediakan pihak KKM.

 

Sumber: Astro AWANI