Virus Beguk Mudah Jangkit Pada Kanak-Kanak, “Boleh Cegah Dengan Vaksinasi” – KKM

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) baru-baru ini telah mengeluarkan satu infografik memberi peringatan kepada orang ramai mengenai jangkitan virus yang dikenali sebagai beguk.

virus beguk mudah jangkit pada kanak-kanak, “boleh cegah dengan vaksinasi” – kkm

Beguk merupakan jangkitan virus yang sangat mudah berjangkit dan biasanya menjangkiti kanak-kanak melalui titisan daripada mulut, hidung dan tekak.

 

Antara tanda gejala dijangkiti virus beguk adalah seperti demam, sakit kepala, mulut kering, hilang selera makan, keletihan dan bengkak pada satu atau kedua-dua kelenjar parotid.

 

Jangkitan beguk biasanya akan bermula 12 hingga 25 hari selepas berhubungan dengan orang yang dijangkiti virus berkenaan.

virus beguk mudah jangkit pada kanak-kanak, “boleh cegah dengan vaksinasi” – kkm

Komplikasi penyakit beguk yang boleh berlaku kepada kanak-kanak adalah seperti radang otak (meningitis & encephalitis), radang testikel/ovari, radang pankreas dan hilang pendengaran.

 

Mereka yang dijangkiti virus beguk boleh pulih melalui suntikan vaksinasi. Mereka yang dijangkiti perlu mengasingkan diri selama lima hari setelah mula menunjukkan simptom atau radang kelenjar paratid.

 

Segera dapatkan rawatan dan pemeriksaan lanjut jika anda atau anak anda mengalami simptom seperti yang dinyatakan.

virus beguk mudah jangkit pada kanak-kanak, “boleh cegah dengan vaksinasi” – kkm

virus beguk mudah jangkit pada kanak-kanak, “boleh cegah dengan vaksinasi” – kkm

Sumber: KKM