Kini Trend Tiktokers Buat Live Guna Karakter NPC, Rupanya Boleh Jana Ribuan Ringgit

Tiktok merupakan salah satu platform media sosial yang kini mempunyai ramai pengguna dari segenap usia.

kini trend tiktokers buat live guna karakter npc, rupanya boleh jana ribuan ringgit

Platform milik ByteDance Ltd. ini bukan sahaja membolehkan pengguna berkongsi kandungan video atau foto secara umum, malah ia boleh menjadi platform menjana pendapatan tambahan.

 

Kini sedang menjadi ikutan pengguna Tiktok apabila segelintir daripada mereka meniru watak sebagai ‘non-player character’ (NPC) semasa sedang bersiaran langsung (live).

kini trend tiktokers buat live guna karakter npc, rupanya boleh jana ribuan ringgit

Untuk info, NPC adalah watak tambahan atau sampingan dalam permainan video atau animasi. Ia akan bergerak setempat, secara berulang-ulang, tanpa hala tuju.

 

Begitulah yang sedang menjadi ikutan trend segelintir pengguna Tiktok masa kini, sehinggakan ada yang mampu memperoleh pendapatan sehingga RM10,000 dengan hanya melakukan live sebagai NPC.

kini trend tiktokers buat live guna karakter npc, rupanya boleh jana ribuan ringgit

Misalnya, seorang Tiktokers lelaki dari Malaysia hanya berulang-ulang menyebut ayat ‘Sedapnya aiskrim, bola bola bola bola bola’ sambil melakukan aksi menjilat aiskrim dan gerakan pelik yang dilakukan oleh NPC dalam video game.

 

Menariknya, setiap kali mereka melakukan siaran langsung, pelbagai ‘gift’ yang diberi penonton, sehingga ada yang mencecah puluhan ribu tontonan pada satu-satu masa.

 

@shah_rubio Trend NPC minta sedekah cara baru di TikTok? | Free Guy movie review #npc #freeguy #SembangEntertainment #shahrubio ♬ original sound - Shah Rubio

 

Fenomena ini mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada warganet. Ada yang memuji kreativiti mereka melakukan aksi NPC yang sebenarnya agak sukar dibuat, malah ada yang turut mengecam aksi sedemikian.

 

Apa kata anda?

Sumber: Tiktok