Pemimpin tertinggi Korea Utara, Kim Jong-un dikatakan sanggup membawa tandasnya sendiri apabila keluar dari rumah kerana tidak percaya dengan tandas awam.
Beliau dikatakan juga memiliki kemudahan membuang air dalam setiap kenderaan miliknya.
Menurut sumber, Jong-un berbuat sedemikian kerana mahu memastikan najisnya dilindungi dan tidak disentuh sesiapa.
“Tandas dalam keretanya juga dikawal ketat oleh pengawal keselamatan dan sesiapa yang ditahan menggunakan kemudahan itu boleh dihukum bunuh.
“Mungkin ada maklumat rahsia mengenai tahap kesihatan yang boleh diketahui jika najisnya jatuh ke tangan orang luar,” ujar sumber.
Sejak dua tahun kebelakangan ini, tahap kesihatan Jong-un menjadi perhatian dunia, selepas berat badan beliau didapati menurun dengan mendadak.
Pakar kesihatan dunia juga meramalkan pemimpin Korea Utara itu berisiko mendapat serangan jantung pada bila-bila masa kerana memiliki berat badan obes dengan ketinggian yang agak rendah.
Sumber: [1]