Kes Pertama Selesema Burung H10N3 Jangkiti Manusia Di China

Negara China sekali lagi menjadi tumpuan apabila mencatatkan kes pertama manusia di dunia yang dijangkiti selesema burung H10N3.

kes pertama selesema burung h10n3 jangkiti manusia di china

Kebiasaannya virus itu hanya menjangkiti spesis burung termasuklah ayam dan itik.

kes pertama selesema burung h10n3 jangkiti manusia di china

Namun ia kini mula dikesan menjangkiti manusia meskipun penularan wabak itu berskala besar adalah amat rendah.

 

Suruhanjaya Kesihatan Nasional China (NHC) berkata, pesakit merupakan seorang lelaki berusia 45 tahun dari Zhenjiang yang merupakan sebuah bandar di wilayah Jiangsu.

 

Lelaki itu yang mengalami demam dan simptom lain telah dimasukkan ke hospital pada 28 April lalu dan disahkan menghidap virus berkenaan. Beliau dipercayai dijangkiti oleh haiwan ternakannya tetapi tidak pula NHC mendedahkan sebarang perincian mengenai jangkitan itu.

 

Virus H10N3 boleh membunuh burung liar dan ternakan ayam itik. Ia boleh tersebar melalui udara dan terdapat beberapa tahap berbeza kebolehjangkitan virus ini khasnya kepada manusia.

 

Sumber: Health Magazine