Kes Positif COVID-19 Di India Turun 90 Peratus Lepas Ramai Di Vaksin

Kesan daripada program vaksinasi yang dilakukan oleh India nampaknya kadar jangkitan COVID-19 di negara itu menurun 90 peratus daripada paras tertinggi yang pernah direkodkan sebelum ini.

kes positif covid-19 di india turun 90 peratus lepas ramai di vaksin

Pada masa sama, India juga mencatatkan rekod baru pemberian lebih 8.5 juta dos vaksin pada Isnin lalu, dengan dua pertiga daripadanya diberikan kepada mereka yang berada di luar bandar.

 

"Semalam, pusat-pusat vaksinasi di luar bandar memberikan 5,609,786 dos, iaitu 63 peratus daripada keseluruhan dos vaksin yang diberikan. Di kawasan bandar, 3,199,484 dos diberikan di pusat-pusat vaksin. Ia merangkumi 36 peratus daripada semua dos yang diberikan.

"Pada 7 Mei, kemuncak jumlah kes harian dicatatkan, iaitu sebanyak 414,188. Sejak itu, penurunan berterusan direkodkan. Kini, penurunan itu mencecah 90 peratus berbanding dengan angka pada waktu puncak tersebut," kata Setiausaha Kementerian Kesihatan Rajesh Bhushan dalam satu kenyataan.

kes positif covid-19 di india turun 90 peratus lepas ramai di vaksin

Perkara itu dilihat kesan daripada tindakan kerajaan India mengambil alih program vaksinasi negara serta menawarkan suntikan secara percuma kepada individu berusia 18 tahun ke atas.

kes positif covid-19 di india turun 90 peratus lepas ramai di vaksin

Setakat 23 Jun 2021, India mencatatkan lebih 30 juta kes positif COVID-19 dengan 28 juta daripadanya telah pulih manakala 390 ribu lagi maut. Negara itu juga sebelum ini telah mengalami krisis kesihatan selepas hampir semua hospital mereka penuh.

 

Sumber: Astro AWANI