Kes COVID-19 Seluruh Dunia Melonjak 270 Peratus Sejak Tahun Baru

Sebanyak lebih dua juta kes harian COVID-19 antara 1 hingga 7 Januari 2022 direkodkan seluruh dunia, yang menyaksikan peningkatan sebanyak dua kali ganda dalam tempoh 10 hari.

kes covid-19 seluruh dunia melonjak 270 peratus sejak tahun baru

Menurut data AFP berdasarkan statistik rasmi yang dikeluarkan pihak berkuasa kesihatan kebangsaan mendapati 2,106,118 kes direkodkan secara purata dalam tempoh seminggu.

 

Ia menunjukkan kes baru global melonjak kepada 270 peratus sejak kemunculan varian Omicron, meskipun beberapa kajian awal mendakwa virus Omicron ini tidak meningkatkan risiko kemasukkan ke hospital dan hanya bergejala sederhana.

 

Meskipun kes jangkitan dilihat melonjak, jumlah angka korban pula berada pada paras terendah sejak Oktober 2020 dengan kematian purata 6,237 kes sehari pada tempoh sama antara 1 hingga 7 Januari lalu.

kes covid-19 seluruh dunia melonjak 270 peratus sejak tahun baru

Bagaimanapun beberapa negara mencatatkan kes kumulatif kematian tertinggi seperti AS, Itali, Belgium dan beberapa negara Eropah Timur. Malah, data kematian di Britain juga 7 peratus lebih tinggi berbanding negara EU berikutan penularan Omicron.

 

Disebabkan itu, beberapa negara dilihat mula mengambil langkah melaksanakan semula sekatan dan mempercepatkan program vaksinasi sebagai usaha mengekang penularan wabak tersebut.

 

Sumber: [1]